pesanan penaja

sudah cukup masa bersenang lenang

Saturday, December 12, 2009

Invitation to Mister Potato Fiesta 2009

Dear Nuffnanger,

You're now officially invited to the Mister Potato Fiesta 2009!!

Mister Potato Fiesta

2 (TWO) invites have been reserved under your Full name and Email address. Kindly confirm your attendance to the Mister Potato Fiesta by sending an email to misterpotato@nuffnang.com by 12pm, 14 Dec 2009


i sangat nak pergi but my husband tak berminat. =(

D' Naim nasi kukus terbaek dari ladang~

D'naim ni kalau kategori nasi kukus, i bagi 5 bintang. view pon cantik. senang nak usha aweks.betul-betul tepi jalan. kalau silap jatuh kerusi memang babai jadi lempeng kene gelek ngan kerete.haha

tapi tak pe. sebab nasi kukus ko sedap. mak redah ajor. sanggup ke pantai dalam sebab nak makan nasi kukus.


kedai dia ni dah selesa banyak dah kalau nak di compare dengan first time i datang sini. tokei dia dah kaya raya dah. kat sini orang sanggup beratur panjang sebab nak makan sebab dulu kecik jer kedai nya. sekarang besar sikir, tapi masih kecik. dia punya lauk dan nasi pon sentiasa panas, kadang-kadang siap kene tunggu nasi and lauk masak sebab cepat habis.

nasi en.suami dengan flash

nasi i tanpa tanpa flash

dia dah mintak nasi lebih, dan dia jugak habiskan nasi i

kalau datang sini order la milo 'beng' aka milo ais . kaw king kaw~



masa i mula-mula makan sini macam takut nak masuk. bukan sebab kedai ni yang ala-ala setinggan ni, tapi pekerja derang yang ala-ala gangster kampung i. rambut pelbagai kaler. tapi ade jer yang normal. tapi semua ramah tamah. baik. pandai jaga customer. service baek punya. setakat ni tak pernah ade problem ngan derang ni. mude-mude giler lagi pekerja kedai ni.

cume kalau segerobolan aweks hot pergi sila bersiap sedia dengan no fon palsu. derang akan ngorat sampai dapat no fon.

i takpe, walaupon i hot tapi i pergi ngan husben i, so derang tak berani kacau. *pengsan husben aku dengar wife die perasan macam ni*

dan yang buat lagi best derang ni pemurah. kalau nak mintah habuk lebih, sambal lebih mintak jer. komfem derang buat. semalam en.suami mintak habuk lebih. sekali dapat lauk lebih. pehe dia bagi sampai 2! tapi harga same je.

kuah dia pon memang terbaik dari ladang. dengan kata lain kalau makan sini kita khayal sampai titisan terakhir. sebab tu kiteorang panggil kedai ni kedai nasi kukus ganja.

kalau nak ikutkan nafsu serakah i ni memang i mampu je habiskan sebungkus. tapi mengenangkan body, i bagi en.suami separuh.

dan lepas makan kami g usha bapok kat jalan haji taib, tapi ade beberapa ketul jer. tak cantik pulak tu.kalau nak usha yang cantik dan hot pergi la tengah-tengah malam. yang tulen pon kalah tau!

lepas tu jalan-jalan lagi kat area-area orang clubbing. sambil mengusha awek seksi yang bersedia nak clubbing. haha. saja buat dosa malam-malam kan.=p

kami saja buang masa sementara tunggu nak g uptown. g awal-awal kedai banyak tak bukak. tapi tengah syok-syok mengusha awek, pak cik en.suami yang baru balik dari mekah call. derang baru sampai kat KLIA. so, plan cancel. pergi amik derang kat KLIA. esok flight derang balik kb pagi. harus bertolak lepas subuh.so, i tak tido la ni sampai subuh.


lepas buat maksiat mata, dengar cerita-cerita dari mekah. huhu. insaf sekejap


kalau yang suka makan nasi kukus, korang wajib datang d'naim tau

Friday, December 11, 2009

orang sekarang sangat jahat

2 malam lepas, en.suami keluar minum dengan kawan-kawan dia. (i tak ikut sayang nak tinggal internet laju=p) balik jer dia terus bercerita.

rumah kawan dia kene rompak. masa tu kawan dia outstation kat bintulu. adik dia yang ade kat rumah. adik dia kene tetak kat hidung sampai putus. nasib baek boleh sambung balik. dua-dua kaki pon kene tetak. tapi tak putus la.

sepupu mangsa yang tengok kejadian mimpi ngeri tiap-tiap malam (masa tu baru dua malam kejadian ni) . kawan en.suami pulak fobia tak boleh duduk dalam rumah. rasa macam tak selamat.

dia cakap 8 orang masuk merompak rumah dia. darah banyak giler bau hanyir giler. seat kereta yang bawak mangsa ke hospital tak payah cerita la.

en.suami terkejut terus call kawan die. kawan die cakap tak sangaka bende ni berlaku kat die. selama ni tengok dalam berita jer.

memang.

sape-sape pon tak sangka. yang pasti kene selalu berhati-hati kan sekarang. banyak sangat orang jahat.

venci.sebab baca berita tengok orang kene bunuh kene tikam ngan perompak. buka blog pon ade kawan kene rompak. sekarang tak boleh percaya kat sapa-sapa kan?

i dengan racist nya cakap kat en.suami. ni sebab PATI ramai sangat la ni.

dan dia cakap, yang rompak kawan dia tu melayu.

heh. dua kali lima sepuluh

up date seminggu

kalau nak ke pantai timur harus singgah di mana?

petronas bentong! sebab selesa dan ade wafer yang rangup diluar lembut di dalam.


peanut coklat vs peanut blueberi. mana lagi sedap? mestila coklat strawberi

kalau lambat sampai kenapa?

perjalanan dari ke KL-KT (mak saudara en.suami kahwin) memakan masa hampir 8 jam.sebabnye? hujan lebat, excident, jalan lubang-lubang kesan banjir, tak pon orang baiki jalan. hemo!

hujan lebat sangat kat kuantan.

kalau bosan sebab lama sangat dalam kereta buat ape?

bercamwhore syok sendiri adalah wajib

kalau dah sampai hotel buat ape?

mestilah en.suami cr katil and tv dan i sibuk amik gambar

hari-hari kat kerteh buat apa?

aktiviti makan lah.bila en.suami balik kerje.lepas dia semayang terus mencari makanan. first nite beli food kat pasar malam. pilihan food adalah food yang tak ada kat pasar malam bangi.

akhirnya kat kerteh jugak i dapat makan

roti tempayan dengan kuah kambing.sedap siap order lagi sebijik. and air halia madu.

kedai tak sedap nasib baek pelayan dia comel. mak suke~

siang hari buat ape?

memanjakan diri sendiri.

takkan dok dalam bilik jer?

yerp.keluar bilik sehari jer. tu pon dalam 2 jam jer. luar panas bai. malas nak berjemur dah. kulit baru pulih.
ombak kuat giler

tu jer activiti?

iya dong, dok je dalam bilik baca novel tengok tv. tak pasal-pasal hari-hari tengok ewah-ewah.

tu jer?

owh..ader. activiti underground. baru balik pasar malam. beli tudung baru. so ai melaram dalam bilik sambil kacau en.suami tengok tv


dan juga beli blouse putih kat mesra mall.jenama G.bukan guess. tapi giant.haha.mak suke! bak kata orang kalau tuan cantik pakai apa pon cantik. (sila muntah darah sekarang)

tak susah bela mak kan?*wink*

bila sampai rumah ade pasar malam kat bangi lama. tapi en.suami rindu masakan isteri. tapi i malas nak masak. spaghetti sudey~


spaghetti dua siap~

itu saja untuk seminggu. seriously, i dah tak rasa bosan macam biasa. mungkin dah dapat biasakan diri.

nak balik ke nak g wedding?

i suke pergi wedding. tengok-tengok pengantin. tengok-tengok baju. tengok pelamin. makan free jangan lupe.

ahad ni ade wedding yang di kire menarik la dengar cerita. lagi la semangat i nak pergi.

tapi saya nak kene balik kelantan ni. kalau balik ahad nanti sekejap sangat duduk kat kelantan. baik balik sabtu.

tapi nak pegi wedding.

tapi nak dok rumah lama-lama.

haish.

Thursday, December 10, 2009

kembali ke pangkal jalan

hello bangi~
hello rumah yang best~
hello intenet siput~ T_T

kerteh edge pon laju..huaaa

Y.E.S

sekarang semua orang tengah giler shopping kan. semua benda pon nak Y.E.S.

and yang paling tak sangka distributor herbalife pon sibuk nak buat Y.E.S.

i ade terima email ade orang nak try makan herbalife and dia jumpa blog distributor yang buat Y.E.S tu. tapi distributor tu jual je kut. tak guide. so dia mintak i guide.

huhu. i bukan nya mengejar duit sahaja. niat asal i buat bisnes ni nak tolong orang sambil buat duit. kalau nak tanya pasal product, tak faham pasal product, nak tahu harga, nak tahu cara nak guna, if u ade problem ape-ape tanya je i. i'm more than happy 2 help u.

vangga hidung gevas vas vas sebab di beri kepercayaan.

haha. tapi setakat yang i tahu and i mampu. tapi kalau i tak tahu i rujuk la sifu i. banyak sifu dalam herbalife ni. mak hanya budak baru belajar.

wokey bebeh? roger and out

Apa salahku apa salah ibuku

bukan wali band yang jadi watak utama dalan entri ni. dalam entri ni watak utama adalah ibu-ibu ku. ibunda i nama sapinah. MIL i nama maznah. dua-dua orang panggil Nah, kak nah. cik nah. nama panggilan je sama. perangai lain terus. saiz badan apatah lagi. haha.

pandangan derang terhadap i pon lain kut.

maghfarah di kaca mata ibunda

1. anak yang penuh emosi. apa yang dia nak harus lah dituruti. keras hati suka memberontak tapi lembut hati budak neh.

2. sangat sensitif. suka menangis budak neh.

3. suka memasak budak ni.

4. kanak-kanak ribena lagi. masih lagi main mercun. and masih jalan meloncat-loncat.

5. garang ngan adik. suka perintah-perintah. tapi baik hati sangat jaga and sayang adik-adik. (puji diri sendiri.hoho)

6. anak yang rock-rock ronggeng. dia risau saya tak behave umah MIL

maghfarah di kaca mata MIL

1. budak yang kalau disuruh akan cakap 'ya'. 'ok'. tak akan membantah. tak ade emosi?

2. budak yang tak tunjuk emosi. (tapi raya hari tu dah hancur imej i)

3. pernah masak dua kali jer kat umah ni, daging goreng bodoh ngan hati goreng bodoh. eh. buat puding jugak dua kali. yang lain tukang tengok jer. and kalau rasa nak makan lagi suka bodek bibik.

4. tak dela tunjuk sangat diri masih lagi berjiwa kanak-kanak. tapi sangat suka bermain ngan sepupu kecik yang datang rumah tu. yang baya adik-adik dia. rindu rumah ye?

5. tak garang pon ngan adik-adik ipar (mestilah) . tak perintah-perintah pon (mestilah!)

6. masih lagi kekal dengan imej sopan santun.

dengan kata lain, maghfarah umah sendiri ngan umah mertua ni lain. mestila kan. takkan la nak tunjuk perangai buruk pulek. laen la kalau mak sendiri yang dah biasa dengan perangai buruk kita sejak kecil lagi.

bukan berlakon. tapi perangai memang berubah la kan kalau bukan dengan orang yang kita tak biasa. ke korang terus jadi diri sendiri?

tapi kalau dah lama-la mungkin perangai akan kelihatan. ngahaha.masa tuh maghfarah akan menakluki dunia. MUAAHAHAHAH!!

jaga-jaga kalau maghfarah dah bertukar jadi raksaksa. dia tak kisah kamu siapa

sekian rapuan hari ini

Wednesday, December 9, 2009

bendera merah masih belum turun

ingat tak entri INI?

lamo giler i period kali ni. entah la kenapa lepas DnC ni period jadi kacau. i biasanya normal. takde problem. balik kl ni haru pergi check lagi.

hari tu dah jumpa masa awal-awal, bila period berproblem. tapi doc cakap awal-awal ni biasalah hormon tak stabil lagi, 2-3 bulan ok la. tapi ni dah 5-6 bulan ni. tak kan tak nak stabil lagi kot.

tapi mesti lah dah semayang. dah lebih 14 hari. tapi macam tak best jer. perasaan macam semayang masa period.huhu.

dan yang penting. g******.

to fatin

akak tahu kamu suke fahrin. and kalau nak tahu fahmi aka abe ni fahrin utp. hehe
tapi die dah kahwen lor.. baru jer kahwin.

masa i tak kenal abe ni, en.suami sibuk cakap dia ada kawan muka sama macam fahrin. bila jumpa. a ah. muka ade iras. bila senyum nampak la sama.



congrats abe and zatur

gambar curi kat fb de. kiteorang tak pergi sebab sibuk prepare majlis kawen jugak. dia kahwin sehari sebelum majlis sambut menantu mad. huhu. sedih jer. bertungkus lumus bekerja. sampai tak sempat nak g majlis kahwin hari tu. padahal hari tu ade 2 orang kahwin and diorang datang masa kami kahwin. rasa bersalah jer tak pergi. tapi nak buat camno, if tinggal rumah kan nanti takde orang nak buat kerja. sori ye zatur and abe. macam la korang baca blog i kan. haha

eh. baru perasan gambar pengantin perempuan tak di tempek. haha. i copy gambar abe je sebab niat dihati nak tunjuk kat fatin jer.




tipah tertipu

2 hari lepas en.suami cakap kami tak jadi pergi penang. sebab dia kene pergi kk. frust tertonggeng-tonggeh mak. tapi cool je lah. takde nak merajuk-merajuk. iyolah kan. kerja kan.

tapi i merengek-rengek mintak dia bawak i pegi kk. tapi dia cakap rugi jer beli tiket flight mahal-mahal sebab nak dok hotel jer. sebab dia pergi bekerja. ade kat bilik malam je lah. kalau jalan sorang-sorang bahaya.

semalam saya call seorang kawan. saya cakap tak jadi g penang. tapi tempat dah di book dan di bayar. rugi jer burn. kiteorang pon buat plan pegi bercuti beramai-ramai. dengan excited call en.suami nak mintak kebenaran.

sekali dia gelakkan saya. cess

die tipu jer sebab nak surprise kan saya. hahaha. surprise kamu selalu tak jadi kan. kesian =p

kalau i tak buat rancangan ngan kawan i sampai bile u nak tipu i? naseb baek la i tak mengamuk bila u cakap tak jadi g penang. suka bikin gue panas~ naseb baek gue tak panas! hohoho

oleh sebab u tipu i, i nak dress labuh itu. tak kire.

walau pape pon. yeay. sebab penang masih on~


Tuesday, December 8, 2009

saya pengecut

kalau saya marah, tak puas hati, bengang dan sebagainya kat en.suami saya senyap je. dan buat muka. hehe.en.suami cakap buat muka bakat semula jadi saya. sungguh annoying katanya.

kalau rasa tak tahan dan kene hemburkan jugak, saya tak kan cakap face to face. walaupon die tanya berpuluh juta kali. saya lebih rela purak-purak tidur.

saya akan tulis surat cinta dengan tulisan buruk giler (sebab menulis masa tengah geram kan, nak cepat) dan letak dalam beg kerja die kat dalam lap top. so, bila die g kerja, bila bukak je lap top akan baca la surat cinta saya.

tak pon saya sms panjang-panjang giler.

nak meluahkan depan-depan tapi mulut ni tak nak bercakap. takut cair pon ye jugak. nanti tengok muka die terus tak jadi marah.

tapi nak cakap i love you sangat senang la pulak. bukan ke perkataan i love you tu orang cakap susah nak di luahkan.

kalau mintak maaf pon ok jer berdepan. moga-moga dengan melihat muka i yang cantik manis ni hati die cair.

tapi kalau bab-bab melepaskan marah i ni product gagal.

Monday, December 7, 2009

hanis zalikha versi botak?

rambut saya sekarang dikira paling panjang la yang pernah saya bela. tak dela panjang sangat, lebih sikit dari bahu jer. teringin sangat nak rambut sehat sexy macam rambut hanis zalikha.

ade sebab mengapa saya tak pernah berjaya membela rambut sampai panjang. rambut i ni bila die panjang dia akan gugur dengan jayanya.

bukan gugur biasa-biasa ok. sangat menakutkan.

en.suami dah bising sekarang. dia takut kepala wife dia botak. hehe. dia soh potong pendek kalau la sebab rambut panjang rambut gugur dengan jayanya.

rambut gugur i sekarang macam orang gemuk kuning dalam iklan digi tuh. ikut je di mana saja i pergi. jadi, dimana ada saya di situ ada rambut gugur.

balik raya hari tu FIL pon perasan. rumah PIL ni nak cari habuk pon susah sebab FIL saya suka vacuum umah. sekali bila i balik rambut merata-rata. haha. bising dok tanya rambut siapa la yang merata-rata ni. terpaksa mengaku.sebab rambut orang laen pendek.

tapi saya masih mempertahan kan rambut ni. sebab nak rasa jugak rambut panjang mengurai. agak-agak dah nak nampak kulit kepala tu saya g potong la. hari tu saya g alamanda sebab nak g saloon rambut. bila sampai rasa sayang pulek. jadi tak potong.

tapi tak de maknenye kalau rambu panjang tapi ade 2,3 helai je kan. haha

oh rambut. berhentilah gugur

mari melakukan transformasi

dulu masa saya berkawan dengan die saya panggil die Abe Ja

dulu masa saya tengah teman tapi mesra a.k.a berscandalicious saya panggil die Yang

dulu masa saya tengah bercinta saya panggil die bie

sekarang dah kawen saya masih panggil die bie.

dan saya bosan. siti situ sana sini orang yang di panggil bie. sungguh bosan.

dan saya pernah dengar motivasi pasal hubungan suami isteri, kadang-kadang kita kene tukar panggilan manja untuk menghangat kan lagi hubungan. sebab kalau panggilan tu dah biasa sangat dah jadi macam rutin. tak bermakna apa-apa.

eh.bukan kata kami dah tak hangat. masih hangat.auumm~! =D

tapi panggilan je yang tak hangat. bosan la mak. bila panggil dah takde perasaan gitu-gitu dah. paham tak perasaan ape? kalau tak paham buat-buat paham sudah.

i nak tukar la. yang pasti bukan ABANG. sebab kami dua-dua kelantan. komfem la tak jadi ABANG. nanti jadi ABEY. taknak! lembik semacam bagi i.

along saya best sangat. sebab die berdrama romantik dengan tunangnye. dua orang ni memang bercinta habes. kalau nak tips cara-cara bercinta sila hubungi beliaus.

tunang die panggil along saya CINTA. sungguh comel dan unik.

eh. saya tak nak la unik dan sangat bercinta macam tu sekali. sebab sampai sekarang kalau saya dengar deorang bercakap saya akan gelak golek-golek. haha. jangan marah saya. tapi sangat tak boleh blah ok =p

tapi saya suka kamu berdua. sangat bercinta. semoga kekal ke anak cucu.dunia akhirat. (lepas kutuk harusla bodek) ampun~ =p

nak panggil ape ye? honey? macam drama melayu la plak rase

darl, daling, laling. i panggil kawan i dengan panggilan begini.

dear=deer. ruse?

hubby? bukan ke bie tu hubby ke? ke baby? hala comelnye nak panggil en.suami baby.keh keh keh.

nak panggil buahhatikusijantungmanispujaanhatibeta la

kb mall runtuh???


baca kat sini

mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk mangsa.

Sunday, December 6, 2009

aktiviti akhir tahun

1. saya di sini. di kerteh. sesiapa yang dok kat sini sila kontek saya sebab saya komfem akan bosan (bunyi macam orang desperate tak? yer! saya memang desperate housewife and nama samaran saya gabby.hoh!)

2. hari khamis atau jumaat saya akan balik kelantan. naik bas terus dari kerteh. sebab next week en.suami akan ke Miri. komfem-komfem la saya akan ditinggalkan. baik la saya balik kelantan. tapi ini belum komfem.

3. hujung tahun ni akan ke penang. first time lepas kahwen pergi kemana-mana bukan sebab kerja. ini betul-betul kami bercuti. tapi ni bukan honeymoon kan bie?please kate bukan.please.please.please..

ni second timelah kut pergi penang. 1st time masa pergi dinner MASUM. tu kira bukan pergi penang la. sebab tak jalan-jalan pon. g hotel, makan dan terus balik utp. so ni i nak claim kali pertama saya g penang. jadi tak tahu tempat yang best dan makanan yang harus di cuba. nanti akan google. korang ade cadangan? saya ditugaskan oleh en.suami untuk menyusun aktiviti.

aktiviti yang ade dalam otak sekarang adalah nak singgah Ipoh nak makan nasi goreng udang tabur. nyum-nyum.

bulan ni tak serabut sangat nampaknya. =)

Friday, December 4, 2009

sorang-sorang

en. suami tinggalkan saya!

eh bukan. saya suruh en.suami tinggalkan saya. dia dah kurang bersosial dengan kawan-kawan die. so i bagi pelepasan la semalaman. asyik berkepit ngan bini jer kan.

masa bujang tiap-tiap malam sabtu die pergi 'nite kidz'. geng-geng kereta die. lepas kawen masa awal-awal kawen dulu dia bawak la jugak i. tapi i bosan sebab takde perempuan. dah la asyik cakap pasal kereta.urghhh. busan!

dia pulak tak nak tinggalkan saya sorang-sorang malam. malam ni saya suruh jugak die pergi. tenang sikit nak maen internet. tak perlu berebut. (itu je motif nye.buahaha!)

berpuluh-puluh kali die tanya i ok ke tak dok sorang-sorang. hoho. sayang jugek u kat i. wife u ni kalau u bagi internet nak dok luar rumah sorang -sorang pon tak kesah.

tadi kami ke alamanda. g beli hadiah kahwen secara pukal. hoho. banyak sangat orang kawen musim ni.

dan sekarang ni saya sepatutnya packing. tapi terleka dengan internet. next week en.suami kerja kat kerteh. tapi kami bertolak awal-awal pagi esok sebab saudara belah en.suami kahwin kat kuala terengganu.

jadi harusla saya start packing sekarang.

eh. layan gossip sekejap. kat anugerah screen tadi siti nampak kuruskan.

saya tak makan prosperity burger lagi. harus makan. nanti kempunan setahun.

Thursday, December 3, 2009

ding dong!

hari-hari saya bukak blog. hari-hari clik kat new post. idea mencurah-curah. tp idea sekarang berlandaskan emosi. tak bagus ditulis kat blog. bahek saya senyap sebelum menyesal dikemudian hari. tengok lah malam ni kalau mood sudah okey.

Friday, November 27, 2009

hari raya

saya dirumah PIL.sepatutnya raya ni turn rumah saya. tapi sebab rumah ni banyak benda nk prepare, saya mengalah. kesian en. suami tersepit antara kehendak isteri dan ibu sendiri. ok saya mengalah.

tak perlu puji cakap saya baek

sebab saya tahu saya memang baek!

wahahaha

tapi sedih

T_T

dah kawen macam ni la kan

ikut cakap suami

suami pulak kene utama kan ibu die

family kita?

yang pasti tahun depan dua-dua raya rumah saya. tak kire~

Thursday, November 26, 2009

friendster

kesian kat friendster semua orang sekarang ni kan. saya percaya semua terabai. semua berpaling tadah kat facebook. tibe-tibe terasa nak bukak balik. agak terkejut kerana masih ada orang active friendster. dieorang ni takde facebook ke? ke active semua bende yang die ade. hebat!

macam kat facebook, dari zaman friendster lagi malas nak update gamba. kat blog terlebih rajen la pulak. adelah beberapa ketul yang menarik.

ni masa 2nd year kut. perhatikan kechubbyan i

i dengan nyamuk kesayangan

zaman jahiliah?

naek cameron.cari saya =p

pastu ni zaman habes intern. sebab masa intern berat 54, balik utp dah gemuk balik. berat masa ni dalam 58 kut. pastu bila final sem 60++ balik. -_-" mcm yoyo!

#kelate tampat saya dan en.suami bertemu.

jogging aktiviti harian saya

gambar ni kerel yang amik. tapi masa tu die takde kemre lagi. guna kemre bali kalau tak silap

ni masa zaman kegemilangan habes. berat 54.

masa berintern, walaupon masa intern banyak buat kerja technician tapi sangat semangat nak jadi engineer. sekarang?

sekian dari saya yang bosan